Friday, September 18, 2020

RESEPI APAM SUSU GEBU


RESEPI APAM SUSU GEBU

 

Bahan A

4 bji telur
1 sudu kecil asen vanilla
1 sudu besar ovalette
3 sudu susu pekat manis
1 cwn gula
*semua bahan kt atas ni mix sampai kembang dan putih...masuk dlm blender ja


Bahan B
Tepung gandum 2 cwn

.
Cara2nya..
*Dah siap blend semua Bahan A masukkn pula 2 cawan tepung gandum (Bahan B)...gaul bagi sebati...pastu asingkn dalam 3 ke 4 bekas letak warna beza2..jangan lupa sapu acuan dengan plnta dulu...lepas tu boleh la kukus selama 30 minit..siap.!







RESIPI APAM BALIK HOMEMADE

 

RESIPI APAM BALIK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

·         2 cawan tepung gandum

·         1/2 cawan gula

·         1 sudu teh soda bikarbonat

·         1 sudu teh baking powder

·         Sedikit pewarna kuning

·         1 biji telur

·         1 ½ cawan air

·         Sedikit mentega atau marjerin untuk mengoles

BAHAN TABUR:                             

·         Kacang tanah kisar

·         Jangung manis dalam tin

·         Gula

·         Marjerin

 

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan soda bikarbonat, air dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
3. Ambil kuali tak lekat dan oleskan sedikit marjerin.
4. Tuang 2 senduk adunan apam dan ratakan. Jika nipis, tambah lagi adunan. Jika tebal, kurangkan. Ikut cita rasa masing-masing.
5. Biar adunan seketika sehingga masak. Kemudian tabur gula, kacang dan jagung dengan secukupnya.

6. Bila bahagian kulit sudah garing dan keperangan, angkat dan sapukan marjerin hingga rata.
7. Untuk memotong apam dengan mudah, lalukan pisau pada air.
8. Sedia untuk dinikmati.











Sunday, September 6, 2020

CARA BUAT BOLU KUKUS MEKAR BUAH NAGA

 

CARA BUAT BOLU KUKUS MEKAR BUAH NAGA 


BAHAN-BAHAN:

·         250gm tepung gandum – anggaran 2 cawan

·         200gm gula – anggaran 1 cawan

·         130ml susu penuh krim – anggaran ¾ cawan. Boleh ganti dengan susu cair/santan cair/air

·         2 biji telur gred A

·         1 sudu teh ovalette

·         1/2 sudu teh serbuk vanila / esen vanila

·         Pewarna merah secukupnya

·         Bijan hitam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah.
3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sedang. Picit adunan putih hingga hampir penuh.
5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas.

 


6. Isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih.
7. Kukus Bolu selama 10 minit dengan api paling besar.
8. Bila Bolu sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan dapat 23 biji Bolu, bergantung pada saiz cawan kertas.


TIP SUPAYA BOLU MEKAR @ MEREKAH

1. Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu.
2. Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari.
3. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih.
4. Jarakkan bolu. Jangan terlalu dekat antara satu sama lain.
5. Kukus dengan api paling besar.
6. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya.
7. Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya bolu dapat kembang dengan mudah.