RESEPI SATAY & KUAH KACANG ISTIMEWA
SATAY
Bahan-bahan:
400
gm daging lembu atau ayam dipotong kecil
1/2 sudu teh garam
40gm gula
3 sudu besar minyak masak
Bahan Dikisar:
4
ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar- disangai
1/2 sudu teh jintan manis- disangai
1/2 sudu teh jintan putih - disangai
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar santan
1 batang serai (untuk merenjis minyak pada sate)
Lidi satay secukupnya
Cara-cara
Membuat Satay
Mula-mula
perap daging lembu atau ayam yang telah dipotong kecil bersama bahan yang telah
dikisar, tambahkan gula & garam secukup rasa
Setelah
lebih 2 jam diperap, sediakan lidi yang direndam dalam air, kemudian cucuk
daging lembu atau ayam diperap tadi ke lidi satay.
Akhir
sekali, bolehlah dibakar diatas dapur arang haba panas atau api biru kecil
bersama minyak yang direnjis sedikit demi sedikit.
Sentiasa
perhatikan keadaan api yang besar, kurangkan keadaan api menggunakan kipas
elakkan dari satay dibakar hangus. Ini juga memastikan lidi satay juga tidak
terbakar jika berlaku api besar.
Sajian
ini sesuai untuk 3-4 orang makan, berdasarkan saiz perut & selera individu
masing-masing....
KUAH
KACANG ISTIMEWA
Bahan
A:
1 kg kacang tanah yang dibuang kulitnya
2 keping gula melaka
garam secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
15 cili kering - buang biji rendam air panas dan kisar halus
Bahan B:
Bahan-bahan Dihiris Nipis
2 inci lengkuas
7 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
11 biji bawang merah
Cara-cara
Membuat Kuah Kacang
Panaskan
minyak untuk menggorengkan kacang tanah yang sudah dikupas kulitnya. angkat
& kisar kacang secara kasar
Panaskan
sedikit minyak dalam kuali kemudian goreng bahan B hingga harum, kemudian
angkat & kisar halus bersama sedikit air.
Panaskan
kembali minyak dalam kuali pada anggaran 3 senduk besar & goreng cili kisar
bersama bahan kisar halus. Goreng sehingga masak. selepas tu masukan air
secukupnya bersama kacang tanah yang sudah dikisar & masaklah sehingga
mendidih.
Masukan
air asam jawa, gula melaka & garam secukup rasa, masak hingga kuah menjadi
pekat........
No comments:
New comments are not allowed.